Kesinambungan baja MPOB F2 dan MPOB F2 SUPER K

Baru-baru ini, Felda Sdn Bhd telah melangsungkan majlis pelancaran baja MPOB F2 dan MPOB F2 Super K  di Ibu Negara. Majlis pelancaran dihadiri oleh wakil- wakil MPOB, dan telah dirasmikan oleh Dr. Ramle moslim selaku pengarah Integrasi dan penyelidikan MPOB.

MPOB F2 dan MPOB F2 Super K bukanlah formulasi baru yang dicipta, ia mula dikilangkan pada tahun . Namun terhenti atas faktor-faktor yang tertentu. Namun kini ia kembali dengan identiti yang berlainan, yang lebih segar dan menarik tapi masih lagi mengekalkan formula nutrien yang asal.

MPOB F2 dan MPOB F2 Super K merupakan baja sawit premium yang melalui proses pembuatan yang berkualiti. Sumber nutrien yang lengkap dengan tambahan unsur mikronutrien yang bersesuaian dengan pertumbuhan akan membawa peningkatan hasil pokok kelapa sawit.

Tidak semua baja dipasaran sesuai untuk semua jenis tanah, ada yang memerlukan spesifikasi baja yang tertentu mengikut kondisi tanah. Namun dengan MPOB F2 , ia telah diformulasikan khas untuk pelbagai keadaan tanah, nutrien yang disediakan juga seimbang untuk peningkatan pertumbuhan pokok , ia juga mampu mengawal pelepasan nutrien dan mudah diserap.

Manakala bagi MPOB F2 SUPER K, ia amat sesuai untuk pokok kelapa sawit yang ditanam di tanah gambut, ia juga amat sesuai untuk perladangan berskala besar, nutrien yang terkandung dalam baja MPOB F2 SUPER K amat efektif untuk penghasilan BTS yang tinggi, selain itu juga unsur silika yang ada dapat memperbaiki darjah keasidan (pH) tanah.

Diharap dengan penghasilan semula baja MPOB F2 dan MPOB F2 SUPER K dapat membantu pekebun kecil mendapat hasil BTS yang lebih tinggi sekaligus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara. – RKBMIZA

1234

Mengenal Fungsi Nutrien Baja Sawit

19875545_1872386543002587_540000598612890450_n

N , P, dan K. adalah antara komponen yang wajib terkandung dalam baja. Setiap komponen membekalkan fungsi nutrisi yang berbeza.

Apakah fungsi setiap nutrien ini? Malangnya masih ramai pekebun kecil yang tidak tahu akan fungsi-fungsi komponen ini. Mereka hanya membeli mengikut bajet ataupun cadangan daripada penjual, sedangkan penjual tidak tahu keadaan tanah dan tanaman mereka.  Hal ini akan merugikan pihak pembeli jika baja yang dibeli sebenarnya tidak sesuai untuk tanaman yang ada.

Oleh kerana faktor sebegini setiap pekebun seharusnya mempunyai ilmu tentang fungsi-fungsi nutrien yang terkandung dalam setiap baja yang dibeli, adalah lebih bagus jika mereka belajar untuk mengira formula nutrien mengikut kesesuaian tanaman.

Jadi, apakah fungsi komponen-komponen ini. Komponen N ialah komponen yang paling utama dalam pembuatan baja, fungsi N adalah diperlukan untuk pembentukan protein , kesegaran dan penghasilan daun, dan juga proses fotosintesis, unsur N ini boleh didapati dalam baja Urea, Ammonium Nitrat dan juga Ammonium Sulfat.

Manakala fungsi P adalah untuk perkembangan akar terutamanya di peringkat awal pembesaran pokok, ini bermakna P penting bagi anak pokok yang baru ditanam bagi menguatkan akar.

Fungsi K pula adalah untuk penghasilan buah yang manis dan besar. K juga penting untuk ketahanan penyakit dan kemarau dan pengangkutan nutrien.

Bagi unsur Mg, ia baik untuk penghasilan gula dan lemak, pembentukan klorofil dan komponen penting didalam ribosom dan pembiatan protin.

B, iaitu boron adalah komponen penting untuk proses penguraian dan ia merupakan kabohidrat bagi keperluan pokok. Ia juga amat penting untuk pengembangan sel dan tisu pokok.

Ilmu mengenai fungsi nutrien ini harus dibelajar agar boleh diguna pakai sewaktu pembelian baja mengikut keadaan tanaman dan keadaan sekeliling ladang  – RKBMIZA